Thursday 19 January 2012

tanda takwa atau takut kepada Allah.


  • seeorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya.
  • seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu
  • memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati.
  • menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita.
  • menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram. begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah.
  • ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik.


No comments: