Wednesday 18 January 2012

adab berdoa...

  • berdoalah pada waktu yang mulia. misalnya seperti bulan Ramadhan, hari Arafah, hari Jumaat dan waktu menjelang pagi (waktu sahur).
  • ambillah peluang berdoa ketika hujan lebat, selepas selesai solat fardhu, antara azan dan iqamat serta ketika sujud.
  • hadaplah ke arah kiblat ketika berdoa sambil mengangkat kedua-dua belah tangan. kemudian usaplah ke wajah sebaik sahaja selesai berdoa.
  • sebelum berdoa, berzikirlah terlebih dahulu. usah gopoh dlam berdoa.
  • kemudian akhirilah ia dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad  SAW.
  • ketika bedoa, perlahankan suara iaitu antara berbisik dengan jelas.
  • tetapkanlah hati dalam berdoa serta yakin Allah akan mengabulkannya. pada masa yang sama, berdoalah dalam keadaan rendah diri, khusyuk dan takut kepada-Nya.
  • berdoa dengan bersungguh-sungguh. sebaik-baiknya ia diulangi sehingga tiga kali.




No comments: